Saturday, October 9, 2010

fitrah

Tugas KITA adalah untuk membasahkan kembali jiwa-jiwa kita dan manusia lain yang kering.
Kering kerana tidak subur dengan fitrah sebenar.
Fitrah untuk mencintai Allah.
Fitrah untuk merasai takut kepada-Nya.

Tugas KITA untuk menanam, menyemai, dan menyiram pepohon perasaan manusia.
Perasaan kehambaan dan kehinaan terhadap Allah, setiap saat dalam diri.

Tugas KITA besar, dan sukar.
Tapi inilah tugas yang sebenar.
Mengembalikan diri kita dan manusia lain kepada fitrah.
Fitrah yang sentiasa dipatuhi oleh makluk lain.
Kecuali syaitan dan manusia yang ingkar.

No comments: