Wednesday, October 20, 2010

ikhlas

Bismillah.
Dalam kesibukan nak dekat exam, banyak nya assignments, dan program-program, tercetus suatu perasaan untuk mengatakan "Huh...penatnya".

Menjenguk sebentar blog seorang akh yang sangat aku hormati, terpampang tajuk blog nya --> Rehat bagi Daie adalah bukti kelalaiannya! Fuhhh...tersentak. Betapa aku menyatakan diriku daie tapi masih mahu mengeluh akan kepenatan?? Hmmm barakallahu fiih. Moga Allah memberi ganjaran kepadamu wahai akhi kerana memberi satu sentapan kepadaku walaupun ayat itu dipinjam daripada kata seorang syeikh. Jazakallah mengingatkanku.

Terus mengingatkanku akan syuyukh yang pernah ku dengar cerita mereka daripada telingaku sendiri. Syuyukh yang mempunyai kesibukan dalam kerjaya, mempunyai isteri dan anak-anak, tapi tetap hebat dalam arena dakwah dan tarbiyyah, Siang bekerja, malam hingga lewat malam mentarbiyyah para rijal dan membincangkan hal ummah. Subhanallah! aku mahu jadi seperti mereka. Tsabat atas jalan ini. Dan yang penting, ikhlas!

Kerana aku sangat yakin ikhlas merupakan kekuatan mereka. Kekuatan para sahabat Ar-Rasul, dan semua yang bergelar Rijal Rabbaniy. Ikhlas yang membuatkan mereka walaupun sangat penat jasmani, tetapi hati tetap segar.

Semalam dalam halaqah, kami berbicara tentang hati yang sehat. Ku petik daripada buku Kitab Tazkiyah - Metode pembersihan hati buat para daie. Menurut penulis, antara tanda-tanda hati yang sehat - Jasmani penat berkhidmat untuk Allah tapi hati tak pernah jemu. Subhanallah...

Itulah kekuatan ikhlas..

2 comments:

[MH] said...

ikhlas. rahsia antara kita dengan Allah

hatta malaikat dan syaitan pun tak tahu hamba Dia tu ikhlas ke tak

semoga kita sentiasa menyucikan niat kita. dan moga Allah redha

Unknown said...

hee.mencari ikhlas.