Monday, May 23, 2011

tarbiyyah dzatiyah

Bismillah.
Sudah lama gileeeeee aku tak update blog ini. Hakikatnya kerana malas.
Memang niat nak tutup blog ni, tapi biar jelah terbuka untuk aku menulis bila kebosanan atau kegeraman (errkk..?)

Aku dan kawan-kawanku diberi cuti 4 BULAN!
Lama seh. Semua duk fikir mcm mana nak habiskan masa 4 bulan ni.
Nah! datanglah berbondong-bondong, berbatilion-batilion tentera syaitan dan nafsu menggungat segala isi hati dan iman. Menanam segala pokok-pokok besar KEMALASAN dalam diri.
Nah di situ hadirnya satu metode buat kita ---> Tarbiyyah Dzatiyah.

Nak cerita pasal tarbiyyah dzatiyah mmg panjang but in a simple sentence ---> Menggunakan kekuatan diri untuk meningkatkan iman dan sentiasa berlawan dengan diri tika iman menurun.
Ya! ia peprangan besar dalam diri!
Tika mana kita tiada suasana yg mentarbiyyah diri, kitalah yg mencetuskan suasana. Kerna hakikatnya ada pihak yg sedang berusaha BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk mencetus suasana jahiliah dalam diri ---> Syaitan dan Hizbinya (pendokong).

Tapi fitrah manusia memang tidak akan mampu selama-lamanya berperang sendiri. Tetap sangat membutuhkan sentuhan-sentuhan external terutamanya perdampingan dengan orang-orang soleh sebagai IMAN BOOSTER.

Aku sendiri mengakui dengan yakin, aku x mampu hadapi cuti ni sorang-sorang dan berjaya maintain iman. I NEED THE ENVIRONMENT AND THE PEOPLE.

So?? Lets find `em.. =)

Selamat bercuti~

2 comments:

Isyraf Imrani said...

mujahadah linafsih

Bbet99 said...

Dapatkan SUPER BONUS NEW MEMBER 150% dalam permainan dan mainkan permainan kesukaanmu hanya dalam 1 user id. Ikuti juga promo menarik lainnya yang kami sediakan hanya di bbet99.fun . 100% TERPERCAYA.
BOLA ONLINE
Agen Bola
Taruhan Bola