Wednesday, June 3, 2009

kem asas?

Salam.
baru-baru ni sempat menyertai perkhemahan asas untuk pelajar f1 al-amin sebagai wakil alumni.
hehe yang lawaknya adik aku muhammad salah seorg peserta. kelakar tgk gelagat dia yg sgt "berdisiplin" dan "mematuhi arahan". harap2lah dikekalkan sampai ke rumah, jangan hanya dalam hutan.

komen keseluruhan aku tentang program,
syabas buat guru-guru yg terlibat dan semua AJK banin dan banat krn berjaya menjalankan program yg hebat melihat kesungguhan dan ketangkasan kesemua pelaksana program ini.

cuma, biasalah pasti ada kelemahan yg sewajarnya menjadi batu loncatan untuk terus bergerak maju. sistem syura dalam perlaksanaan amat penting kerana ia tunjak perlaksanaan itu. Jadi apa-apa pun kena kembali kepada keputusan syura. "once" kita lari daripada keputusan syura, maka nantikanlah implikasi negatifnya. Satu lagi, mungkin skil kepimpinan dalam kalangan pelajar al-amin perlu diasah lagi kerana punya banyak kelompongan di situ. Tapi apa-apa pun syabas buat semua! ^-^

Cuma satu diingatkan, perkhemahan sebegini adalah salah satu proses penting dalam sistem pentarbiyyahan pelajar. Ia bukan hanya perkhemahan pengakap atau kadet yang biasa, tapi ia punya "ruh" yang perlu dihayati oleh semua yg terlibat terutamanya jawatankuasa pelakasana [fasi]. Jadi, dalam setiap proses perlaksanaan termasuklah dalam memberi arahan dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan, perlu ada proses pembinaan individu[tarbiyyah] itu supaya masa 3 hari 2 malam itu tidak disia-siakan begitu sahaja. aku lihat perkhemahan al-amin kini sudah semakin hilang ruh itu. tapi tidak mengapa, kita hanya perlu berusaha dan yang paling penting, saf kepimpinan perlu SEDAR akan perkara ini.

maaf atas komen ini, cuma perkara ini perlu diluahkan kepada yg terlibat dan yg x terlibat supaya memastikan setiap perbuatan kita membuahkan amal yg diterima oleh Allah.

`ammar : terigt kem asas dekat hutan lipur chamang. kem asas yg x kan dilupakan. kenapa?
1) semua fasi banin terpaksa berjuang dalam hujan lebat tanpa perlindungan semasa malam pertama demi mendirikan dapur dan surau terutamanya ust fatah, hadi, mankie, basith.
2) war game yg paling best dan paling "adil" aku pernah main.haha
3) yg paling lawak ini lah. Aku terpotong tgn aku ketika mengajar peserta bagaimana memotong kayu api yg basah. haha 3 jahitan pada tgn aku.

pengalaman mengajar kita byk perkara. persoalannya, sama ada kita belajar ataupun tidak. pengajaran itu wujud, namun pembelajaran itu terpulang kpd kita sama ada merealisasikannya atau tidak.

wallahu 'a'lam.

7 comments:

Amirul Arif said...

kem asas 2006:

"mankie! mankie! mankie!". man buat tak dengar, khuyuk gali parit dgn basith. "abdul rahman dashuki!". man toleh. "tangan aku kena parang!"

aku ingat lagi mar. hahaha. mula2 mad kena first night kita kat sana. then kau pulak kena. habis berjahit tangan masing2. aku ingat lagi muka kau waktu mad cerita dia kena jahit. hahaha

malam pertama memang best. semua basah kuyup. ustaz idris, ustaz nazri pun sama. duduk bawah canvas. pastu masing2 berpelukan, sejuk sangat. gila best kenangan

(panjang seh aku komen. hehe)

`Ammar Sahrim said...

di situ jugak kau mendapat gelaran ZAMARUL BENGKAK taktala kau digigit binatang-binatang "halus". hahaha kenangan yg seronok.

Rahman D said...

hahaha...terpotong tgn sendiri...cuak peserta tengok...haaha..kayu basah pisau licin..hahah kem malang buat ammar..juga zamarul bengkak yg cumel!!! hahahhaha

tidak...teringat juga time tuh...hahahah cerita2 seram mad dan ust zaki di dlm surau...hahah dan terjumpanya geng2 mat rempit di mlm hari... "Bang ada nampak adik saya dgn sorang laki tak?" wahwahwah lawak!! lawak!!!

wei aku nak gi jugak ...bila ada kem lagi...??? wawawa

`Ammar Sahrim said...

serious....kem asas kt chamang tu byk gila kisah berlaku... mcm2...siap ada kumpulan cina yg berbogel dengan upacara yg entah apa...dengan pelbagai kisah seram ust idris..

ko balik nnT kita buat satu kem. KEM ORG2 KURUS. aku rasa ko dan shakir SUDAH qualified.ngeh3.shakir dah kurus seh...

Amirul Arif said...

hoi zamarul bengkak tu lain cerita bai. hahaha. mana sesat tah binatang tu. kasihan aku jadi seksi sat bibir bengkak. man dah tergoda. hahaha

a'ah. banyak kisah jadi time tu. dgn basith brainwash budak. "kau pandang mata aku sekarang". hahaha

kau ingat lagi kan cina bogel malam2 buta. haha. semua jalan tak nak pandang. sengal betul dorang tu

Rahman D said...

wah...itu nama dia rezeki malam pertama....hahahahaha lek la ammar...aku tak ada la kurus sangat...takat kembali kepada bentuk asal sajer...hahaa..engkau bila lagi nak gemuk...asik kepeng memanjang jer hhahaha

`Ammar Sahrim said...

haha. brain wash malam tu sedap, walaupun xde rendam, tp aku rase berkesan. lg2 dgn ade abdullah hafidz, ramai budak meleleh air mata. walau segengster mane budak tu, menangis jgk akhirnyee....

man, abang aku ckp aku dh berisi seh. tp aku rasa tulang je aku nmpk kt badan aku ni. haha...

seronok zaman muda2 dulu.girang. skrg dh tua asyik baca surat khabar, minum kopi arab je sambil tgk org2 mesir pelbagai ragam. ngeh3..

tp ade org tu nk jd pilot la man..respect seih...bergaya.