Friday, December 31, 2010

mati dalam iman

Antara doa yang menjadi sunnah Ar-Rasul dibaca selepas solat:
"Allahumma ahyina bil iman, wa amitna bil iman, wa adkhilnal jannata ma'al iman"

Ya Allah, hidupkan kami dengan iman. Matikan kami dengan iman, dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman.

Sejauh mana kita berusaha mencari kematian yang berserta iman?

Kata Sayyid Qutb: Siapa yang inginkan kematian dalam keadaan muslim, hendaklah hidup sebagai seorang muslim.

Sudah bersiap siagakah kita menempuh satu saat yang akan menentukan ke mana hala tuju kehidupan kita yang sebenar? Sama ada bertemu Allah di dalam syurga, atau berhadap dengan malaikat zabaniah di dalam nereka!

Monday, December 20, 2010

usang

Blog dah berusang, dah berhabuk.
Namun insyaAllah moga hati-hatii kekal segar.
Alhamdulillah Allah masih memberi hidayah pada kita.
Untuk menikmati nikmat tarbiyyah ini.

Alhamdulillah. =)
Seorang sahabat Rasulullah pernah berdoa di hadapan ka'bah, "Allahumma ja'alna minal qalil". (Ya Allah jadikanlah aku tergolong daripada golongan yang sedikit).
Sebab apa sahabat ni berdoa bergitu?

Sebab Allah kata dalam banyak ayat dalam quran. SANGAT SEDIKIT YANG BERSYUKUR.

Sudahkah kita bersyukur?

Sunday, November 28, 2010

saat yang pasti

Kata Allah: Setiap yang bernyawa pasti menemui saat kematian.

Allah tidak pernah berkata: Setiap yang bernyawa pasti menemui saat graduasi
atau: Setiap yang bernyawa pasti merasai saat pernikahan.

Kejarlah saat yang pasti. Tidak bermaksud abaikan saat-saat yang belum pasti. Cuma perlu jelas keutamaan kita.

bak kata seorang akh bila berbicara hal mencari pasangan. Jawabnya: "berimanlah akhi, Allah akan berikan yag terbaik buat anta"

Tuesday, November 16, 2010

korban

Pengorbanan = memberi apa yang kita ada?
Bukan. Itu bukan pengorbanan. Itu pemberian.
Pengorbanan = memberi apa yang kita cinta?
Ya. Itu baru pengorbanan! Apa yang kita cinta dan sayang, kita beri.
Pengorbanan untuk siapa? Untuk kekasih tercinta? Itu menimbunkan dosa!
Pengorbanan untuk Allah dan Islam? Itu menempah syurga insyaAllah..

Sejauh mana sudah kita berkorban untuk Dia?
Hmm....

Selamat Hari Raya Pengorbanan.

Friday, November 5, 2010

dakwah itu cinta

Subhanallah pertemuan malam itu memberi motivasi diri, mencetus aspirasi.
Bertemu dengan seorang tokoh lebih kurang sezaman dengan bapaku. Berkongsi perjalanan perjuangan nya bersama gerabak ini. Hingga kini, masih tsabat atas jalan yang sungguh mulia ini.

Perkongsian dimulakan dengan satu ayat yang ringkas -->"Ikhwah, dakwah itu cinta".

Sunnatullah dakwah yang sudah ditunjukkan oleh Ar-Rasul adalah dakwah itu susah, meletihkan, dan sangat jauh perjalanan. Kerna itu kita kena pupuk perasaan cinta. Kalau masih tiada, paksa untuk cinta. Kerna sebab cinta, kita mampu istiqamah atas jalan ini. Kerna sebab cinta juga kita begitu bermujahadah untuk membina para mad'u kita meskipun sangat perit dan penuh cabaran.

Tapi itu sunnatullah. Keperitan dan kesusahan sentiasa diiringi cinta. Seerah? Semua sedia maklum pertistiwa Thaif bukan?. Kalau tak kerna cinta, pasti Ar-Rasul sudah bertuju dengan tawaran malaikat yang menjaga gunung untuk menghempap gunung atas penduduk Thaif. Tapi kerna cinta Ar-Rasul, bukan begitu yang terjadi.

Subhanallah, moga Allah merahmati tokoh itu yang laksana bapa kepada kami. Semoga terus istiqamah hingga ke nafas terakhir. Dan semoga aku juga istiqamah atas jalan ketaatan kepada Allah dan jalan menyeru manusia untuk mentaati Allah hingga ke nafas terakhir dan sebelum nyawa ditarik dari kerongkong ku. InsyaAllah, Biiznillah.

p/s-Bismillah, Allahumma yassir untuk exam yang pasti mencabar! =) Ayuh saling mendoakan antara kita.

Monday, November 1, 2010

hormon

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang tgh "exam mode" dan juga "exam mood".
Tapi saja nak menulis supaya apa yang difahami dan dirasai dapat dikongsi.

Sedang belek-belek buku Physiology Guyton & Hall milik kakak iparku, terbaca satu sub-topic dalam tajuk Endocrinology (Hormon) berkenaan "Hormone Receptors and Their Activation". Ada seperkara yang aku dapat tadabbur dengan tajuk ini yang mungkin boleh dikongsi kepada para pelajar perubatan dan juga bidang-bidang lain.

Dinyatakan bahawa kebanyakan mekanisme hormon untuk "beraksi" adalah dengan bergabung dengan "receptor" yang terletak di beberapa lokasi dalam cell antaranya di "cell memberane", "cytoplasm", ataupun "nucleus".

Apabila hormon bergabung dengan "receptor" ia akan mencetuskan siri reaksi yang dinamakan "cascades of reactions" yang mana hanya sedikit kuantiti hormon diperlukan untuk menghasilkan tindak balas yang hebat!

Nah, mungkin tadabbur yang ringkas betapa seorang muslim yang sebenar sentiasa harus berusaha untuk memberi impak yang besar kepada masyarakat dan ummah. Walaupun apa yang dilakukan olehnya tidak nampak besar di mata manusia tapi natijahnya cukup besar.

Misalannya, betapa seorang muslim begitu fokus dan bermujahadah mentarbiyyah beberapa individu dengan tarbiyyah yang begittu tersusun sehingga membina individu-individu tersebut menjadi para rijal yang rabbaniy yang begitu mendambakan cinta Allah lantas bermujahadah tanpa lesu dan malas mencapai redho-Nya.

Mungkin amal si murobbi (yang mentarbiyyah) itu nampak kecil, tapi hakikatnya natijahnya cukup besar apabila para mutarobbi itu menjadi para rijal yang kualitinya mengatasi puluhan malah ratusan individu-individu yang tidak mendapat tarbiyyah yang tersusun seperti mereka. Inilah yang dinamakan amal-amal qowiy yang perlu diusahakan. Amal-amal yang melahirkan sesuatu. Kalau mengikut sunnah Ar-Rasul, bagaimana Ar-Rasul begitu fokus dan bermujahadah semasa fasa mekkah mahupun madinah dalam melahirkan rijal-rijal seperti Mus'ab bin Umair, Abu Dzar Al-Ghifari, Muaz bin Jabal, `Ali bin Abi talib, dan tidak sama sekali boleh dilupakan mutarobbi luar biasa Ar-Rasul --> Abu Bakar dan `Umar Al-Faruq.

Itulah yang harus berada dalam kepala setiap muslim sejati, sentiasa berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada manusia lain laksana Hormon yang walaupun sedikit kuantiti dikeluarkan tapi natijahnya hebat! Paling mudah, mari melihat sirah sahabiah yang jumlah mereka jauh lebih sedikit daripada musuh tapi aksi mereka menggeletarkan kaki-kaki para musuh!

Wallahu a'lam.

`Ammar
-Library USIM-

Wednesday, October 20, 2010

ikhlas

Bismillah.
Dalam kesibukan nak dekat exam, banyak nya assignments, dan program-program, tercetus suatu perasaan untuk mengatakan "Huh...penatnya".

Menjenguk sebentar blog seorang akh yang sangat aku hormati, terpampang tajuk blog nya --> Rehat bagi Daie adalah bukti kelalaiannya! Fuhhh...tersentak. Betapa aku menyatakan diriku daie tapi masih mahu mengeluh akan kepenatan?? Hmmm barakallahu fiih. Moga Allah memberi ganjaran kepadamu wahai akhi kerana memberi satu sentapan kepadaku walaupun ayat itu dipinjam daripada kata seorang syeikh. Jazakallah mengingatkanku.

Terus mengingatkanku akan syuyukh yang pernah ku dengar cerita mereka daripada telingaku sendiri. Syuyukh yang mempunyai kesibukan dalam kerjaya, mempunyai isteri dan anak-anak, tapi tetap hebat dalam arena dakwah dan tarbiyyah, Siang bekerja, malam hingga lewat malam mentarbiyyah para rijal dan membincangkan hal ummah. Subhanallah! aku mahu jadi seperti mereka. Tsabat atas jalan ini. Dan yang penting, ikhlas!

Kerana aku sangat yakin ikhlas merupakan kekuatan mereka. Kekuatan para sahabat Ar-Rasul, dan semua yang bergelar Rijal Rabbaniy. Ikhlas yang membuatkan mereka walaupun sangat penat jasmani, tetapi hati tetap segar.

Semalam dalam halaqah, kami berbicara tentang hati yang sehat. Ku petik daripada buku Kitab Tazkiyah - Metode pembersihan hati buat para daie. Menurut penulis, antara tanda-tanda hati yang sehat - Jasmani penat berkhidmat untuk Allah tapi hati tak pernah jemu. Subhanallah...

Itulah kekuatan ikhlas..